<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\0755468352483416050788\46blogName\75Makanan+Tradisional+India\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://makanantradisional-whitley-india.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://makanantradisional-whitley-india.blogspot.com/\46vt\0754295471733857926063', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, August 12, 2008

Putu mayam Indiayang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek.

Contoh gambar-gambar putu mayam :



♥ makanan KUCINTA !

Monday, August 11, 2008

Roti Tempayan atau roti naan (Urdu/Parsi: نان, IPA [nɑn]) merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ianya termasuk tepung gandum, lelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.
Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, dikalangan penduduk
Asia Tengah dan Asia Selatan, tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor.Roti yang telah siap dibakar akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.



Contoh gambar-gambar roti tempayan atau roti naan :



♥ makanan KUCINTA !

Sunday, August 10, 2008

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar
Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di
India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.



Contoh gambar-gambar roti canai :



♥ makanan KUCINTA !

Saturday, August 9, 2008

Tandoori adalah masakan orang Punjabi iaitu di antara India dan Pakistan tetapi sekarang ia merupakan masakan yang terkenal di antarabangsa. Contohnya Ayam Tandoori. Ia diperbuat daripada halia, bawang putih, jintan putih, garam masala, cili merah. Ia merupakan masakan yang pedas. Kadang-kadang, kaum Punjabi juga campurkan kunyit ke atas ayam tersebut supaya ayam yang telah masak nanti akan berwarna kuning kemerahan. Ia dimasak di dalam oven yang bersuhu tinggi.


Contoh gambar-gambar ayam tandoori :



♥ makanan KUCINTA !

Friday, August 8, 2008

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.



Contoh gambar-gambar kari :




♥ makanan KUCINTA !

Thursday, August 7, 2008

Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.


Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.



Contoh gambar-gambar vadai :




♥ makanan KUCINTA !